Kami dan Sakuyaki

0 comments
Gua teringin makan Sakuyaki.
Tak tahu di mana yang halal.
Ah! apa susah. gua bikin sendiri.
Gua mula cari resepi di Youtube.
"Cooking with the dog: Sakuyaki"
Apa? with the dog? Unik dan agak kelakar. "wahahaha"
Hendak masak Sakuyaki tak perlu minyak.
Hendak masak Sakuyaki gua letak daging lembu dihiris.
Hendak masak Sakuyaki gua letak Cendawan Enoki.
Hendak masak Sakuyaki gua letak Cendawan Shitake.
Hendak masak Sakuyaki gua letak hirisan Kubis.
Hendak masak Sakuyaki gua letak hirisan hirisan lobak merah.
Gua alter resepi letak hirisan cili, supaya ada elemen Melayu.
Inilah pilihan makanan yang sihat-mungkin.
Oh ya! Resepi asal ada rice wine. Gua ganti dengan cuka apple.
Selamba, gua try dan mula memasak...


selepas beberapa minit, sudah siap.
haruman penuh berterbangan di ruang rumah, mengiurkan.
Apa lagi nak difikir, terus bantai! Dan rasanya... huiyo!



TERUK.