Hari lepas, gua sengaja mahu naiki train, merayau dari Bangsar ke Kg Baru, KL. Sudah lama tak menggunakan public transport.
Misi merayau itu gua mulai dari Bangsar setelah menghantar kereta untuk dibaiki. Amoi kedai jangka akan siap sehingga lewat petang. Gua kata tak mengapa. nanti gua datang petang. Apa lagi, mula merayau di Bangsar Village, tiada yang menarik selain MPH. Untuk lihat Top Gear edisi baru barangkali sudah terbit. Ya! ada. Tapi gua fikir baik gua beli di MPH lain. Jalan gua masih panjang. Lelah ke hulu ke hilir bawa majalah.
Orait! Dari Bangsar gua tuju ke KL Sentral. Sudah lama tak ke sini. Akhir sekali sewaktu gua seorang pelajar.. Tak banyak berubah, tapi ada sedikit kelainan banding dulu. Di tandas lelaki, dulunya sungguh bersih. Kini penuh dengan luahan idea dan isi hati warga kota.
Di satu sudut pintu masuk ke komuter, ada brader busker. Dulu tak dibenarkan. Mahu dihambat dihalau. Dulu-dulu, gua layan busking dulu di Central Market. Seronok layan busking. Sambil dengar muzik mereka, lepak dulu layan kerenah manusia sekitar. Di sini gua teringat, seni bukan hanya di kaca LCD Tv, di radio-radio.. Seni itu ada di mana-mana, juga di jalanan.. Brader-brader busker ini yang gua salute. Tidak kira panas terik mereka tetap bermain. Bermain untuk kepuasan dan sesuap nasi. Mempamirkan karya mereka yang entah dihirau atau tidak. Entah ada atau tak rezeki hari itu. Mereka gigih. Walau tiada album dan show-show besar, mereka tetap gigih. Gua salute lu!!
KITA MESTI TERUS HIDUP!!
Selepas melayan busking, gua terus masuk menanti train tiba untuk ke Kg Baru. Sini juga ada bezanya, jika dulu mahu beli tiket LRT dapat sekeping plastik lusuh-tergores, kini ada token. Dulu boleh guna Touch n Go kalau tiada tunai, kini boleh guna debit atau kad kredit juga. (walaupun tika itu sistem baru ini masih dalam percubaan).. Tak mengapa, layankan saja.
Setiba di Kg Baru, suasana cukup beza. Gua putus mahu lagi berjalan kaki. Menghayati bezanya. Di Bangsar, kereta dan rumah yang bagak-bagak. Di sini warganya cukup sederhana. Terlalu banyak kedai, seperti biasa.. Mereka tahu mereka mesti terus hidup!! Walaupun hampir dengan serabut kota, di Kg Baru ini masih ada ketenangan.. Warga Kg Baru tenang di jalanan hidup mereka. Gua sedar, payah yang kita alami, ada lagi yang lebih payah dari kita. Syukur!
Moga usaha mereka diberkati.
Kita mesti terus hidup!!
Moga ketenangan ini dapat lagi gua capai.