Siapa Zel Firdhaus?
Nama sebenar Mohd Firdhaus Hadauan lahir pada 13 Januari
1984 di Kuala Lumpur. Bapa gua Hadauan Jenun berasal dari Asajaya, Sarawak dan
Ibu gua Norsaidy Idris berasal dari Rembau, Negeri Sembilan. Gua ada 5 orang
adik beradik dan gua yang sulung. Gua bersekolah di Sekolah Menengah Agama
Persekutuan Labu, Negeri Sembilan dan seterusnya memasuki Kolej Matrikulasi
Negeri Sembilan, Kuala Pilah. Setelah tamat pengajian matrikulasi dalam aliran Fizik,
gua sambung belajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai dalam Pengajian
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Elektronik.
Gua peminat seni, mungkin datang dari bapa gua – pernah
seorang pelukis, pemain rebana joget melayu Sarawak dan seorang gurutari
sewaktu muda beliau. Bicara pasal seni, gua dulu minat seni pertahanan diri,
Silat. Sebab apa? Sebab dalam silat ada sifat-sifat semula jadi melayu.
Contohnya, dalam setiap bunga silat itu ada tersirat seribu cerita, dalam
setiap yang lembut ada kerasnya. Begitu juga melayu. Dalam kurang ajarnya masih
bersopan. Dalam keras tegurannya masih berkias. Gua masih ingat sewaktu gua
wakil Malaysia ke Vietnam dalam Pertandingan Silat Nusantara dalam acara Wira
Loka, ada peserta dari Russia dan kami berbual. Dia tertarik dengan silat kerana
keunikan yang ada yang secara total menunjukkan sifat melayu dan ketimuran yang
menenangkan dan menyenangkan. Tapi masih adakah sekarang ini sifat itu dalam diri
semua melayu dan orang timur? Semakin pupus.
Gua mula minat muzik sejak di sekolah menengah, zaman di
mana muzik nasyid kontemporari mula bersinar. Gua masih ingat di mana gua dan
rakan-rakan cuba menukar rhythm lagu Raihan , Iman Adalah Mutiara dengan rhythm
Calypso dan Samba supaya feel lagu tu lebih happening kerana suka pada kelainan
sebab kelainan bikin orang tertunggu-tunggu.
Tiap kali cuti sekolah, gua kalau boleh nak elak dari ibu
dan ayah ambil di asrama. Bukan sebab nak serong pergi berpoya-poya dengan
kawan-kawan. Tapi nak berjalan-jalan sendiri, tengok gelagat orang ramai di
Central Market. Turun-turun dari bas di Puduraya, Central Market tempat wajib singgah
dan gua akan lepak di kaki lima sampai petang. Di situ ada banyak sangat ragam
manusia. Ada yang sedang busking, melukis, menyajak, meminta sedekah, mencuci
mata, menyamun.. Gua tak tahu mengapa gua minat situasi begitu – melihat
telatah manusia yang mahu terus hidup.
Setelah habis SPM, gua sambung belajar di Kolej
Matrikulasi Negeri Sembilan di Kuala Pilah. Di situ gua mula belajar bermain drum.
Itu pun secara bukan professional, learning by ear. Gua mula kenal Slipknot,
sebelum itu pun sudah layan Limpbizkit, Nirvana, Korn, Butterfingers, Koffin
Kanser. Boleh gua katakan semuanya lagu dalam bahasa Inggeris. Jikalau ada
yang tanya apa-apa lagu melayu, pasti
gua tak tahu. Bagi gua Slipknot adalah satu hasil eksperimen yang menjawab
banyak soalan klise. Contohnya “Nak jadi artis muka kena handsome”, Slipknot
semua pakai topeng buruk, brader. Haha. Setiap kali outing, gua mesti nak main
drum terkadang percussionist untuk band ‘suka suka’ kami kalau bawakan lagu
Slipknot seperti Wait and Bleed. Dalam pada itu, gua juga mula belajar bermain
gitar dengan rakan-rakan. Bukan secara
professional, learning by ear and eyes. Teringat lagu pertama, Smell Like Teen
Spirit dari Nirvana.
Melangkah ke alam siswa, gua sudah mula bikin band. Band
pertama Houdinix, band rock rasmi UTM pada masa itu. Tapi gua keluar setelah
satu gig. Band kedua The Unsur, band suka suka sebelum gua graduasi. Sewaktu di
UTM lah gua baru kenal lagu-lagu melayu dan rock kapak dan gua tertarik dengan
hasil Ramli Sarip, M.Nasir dan Arwah Loloq. Lebih dekat dengan jiwa, seperti
punya roh. Agak lambat gua layan rock kapak, itu pun kerana roommate gua buka
lagu rock kapaknya yang beribu sewaktu study.
Setelah tamat pengajian di UTM Skudai, gua berkenalan
dengan Omar K atau nama sebenar Omar Khan Rahmatullah Khan. Seorang executive
di TM Bangsar waktu itu. Gua diperkenalkan melalui bakal isteri gua yang merupakan
rakan sepejabat Omar di TM. Kami begitu rapat dan punya idealogi yang sama sama
– Eksperimentasi Muzik untuk menaikkan kembali muzik melayu. Permaisuriku yang
dinyanyikan oleh Jay Jay merupakan lirik pertama tulisan gua dan kolaborasi
pertama bersama Omar K. Lagu itu tersenarai dalam kategori Lagu Pop Terbaik AIM
17 dan seperti dijangka tewas dengan Dan Sebenarnya dari Yuna. Itulah titik
mula gua sebagai seorang penulis lirik. Kemudian Omar memperkenalkan gua dengan
Audi Mok di Fuse dan lirik pertama untuk lagu yang dikompos Audi Mok adalah
lagu Kontra Analisa yang dinyanyikan oleh penyanyi kelahiran Sarawak, Ir Radzi.
Lagu tersebut memenangi lagu terbaik Anugerah Carta Borneo. Itulah detik-detik
awal gua menjadi seorang penulis lirik. Gua masih belajar menulis kerana gua
masih rasakan yang tahap tulisan gua masih jauh nak capai M.Nasir, Ramli Sarip,
Arwah Loloq, Ad Samad dan ramai lagi yang masing-masing punya aura tersendiri
yang jarang ada dalam industri ini. Gua akan terus menulis. Oh ya! Zel di dalam
bahasa Parsi bermaksud bayang-bayang.
Dalam pada menjadi seorang penulis lirik, gua juga
seorang Digital Design Engineer di sebuah syarikat multinasional milik warga
Iran di TPM Bukit Jalil. Kerja ini merupakan kerja yang gua amat idamkan sejak
masih siswa. Apa yang Digital Design Engineer buat? Mereka adalah anggota
penting dalam Research & Development untuk sesuatu produk yang berkait
rapat dengan digital. Sebagai contoh untuk USB, USB adalah protokol yang
digunakan untuk komunikasi antara device dan host. Host adalah PC dan device
adalah Mouse, Keyboard, Hard drive dan banyak lagi. USB ada pelbagai jenis dan
kelajuan. Spec ini ditentukan oleh anggota tertentu dari pelbagai syarikat dan
Digital Design Engineer juga ada peranannya. Dalam skop kerja gua yang satu
ini, gua kena reka satu alat lain untuk memastikan apa-apa host atau device
yang manufacturer mahu keluarkan mesti lepas spec yang ditetapkan. Setakat ini,
gua dan tim di sektor ini sudah bikin Analyzer untuk USB2.0, USB3.0, DDR3 dan
akan datang DDR4, USB3plus dan USB Power Delivery. Semua protokol yang akan
datang ini punya speed yang sangat laju. Oleh itu kepala pun makin pening.
Kerja ini tak jauh bezanya dengan menulis lirik. Konsepnya amat hampir. Idea
dan tulis. Gua memang minat benda yang banyak guna kepala. Kadang-kadang
monitor di pejabat sengaja gua pecahkan display-nya menjadi dua. Satu untuk
menulis lirik dan satu lagi untuk menulis aturcara digital. Terkadang kedua-dua
kerja ini berjalan serentak. Gua bersyukur kerana Allah telah tetapkan
perjalanan gua begini. Jatuh atau naik dalam kembara ada makna tersirat untuk
kita menjadi lebih kuat. Itu yang gua pegang.
Scan this Qcode for summary