Sajak Jamban

0 comments
Sajak Jamban


Kau mahu bicara
Luah segala rasa
Ops! Kau lupa
Pada tangan-tangan
Keras membangkang
Walau isi amat terang

Mereka label kau anarki
Habis! Celah mana lagi
Nak luah bengang hati
Hal tahi itu dan ini?

Ah!
Ayuh kita berdebat
Akal dan dakwat
Tiada siapa boleh sekat
Situ suara kita ligat

Buruknya...
Kita patuh aturan hutan
Luahan makian
Luahan buah fikiran
Tak ada sempadan
Di dinding dinding jamban


foto dari xpressminda



Zel Hadauan
Puncak Alam, 29 Mei 2015