Cinta atau Kehidupan

0 comments

Di dinding Facebook
pernah gua tempel soalan
soalan apa?
cuma soalan biasa
yang intip citarasa

Apa yang lebih mahu didengar?
lagu 'Cinta' atau lagu 'Kehidupan'?
ada kata Cinta
ada kata Kehidupan
tapi lebihnya Kehidupan

Cinta paling dekat dengan manusia
tapi Kehidupan terlalu dekat lagi
Kerana apa?

Cinta itu Kehidupan
Kehidupan bukan semata Cinta
Kehidupan ada ceritanya
Cerita jiwa kacau terputus Cinta
Cerita hempas pulas ke jaya
Cerita gembira dalam duka
Cerita nasihat dan iktibar
Cerita peristiwa isi hati
Cerita sindiran dan jenaka
dan banyak lagi
bila ditanya lirik bagaimana
biasa gemar gua tulis ?
jawapannya, Kehidupan.
gua suka swasraya lihat hidup manusia
pelbagai warna dan cerita tersirat
kerana gua Cinta Kehidupan

Karakter Osman Tikus
dalam filem Kembara Seniman Jalanan
pernah berkata, "Kita mesti terus Hidup!"

Ya! Kita mesti!!

TPM Bukit Jalil, ZEL FIRDHAUS HADAUAN
17 Feb, 2012