JUNE 04, 2011: KL-KELANTAN-TERENGGANU-KL membawa berita (day 2)

0 comments
hari kedua.
seawal pagi terbangun di Kota Bharu
mak mertuaku, ayah mertuaku, dan makcik pakcik isteriku telah pergi bersarapan.
aku lapar..lalu bingkas bangun bersiap untuk bersarapan.
apa sarapan disini agaknya?
aku terfikir.."roti canai pun cun jugak"
aku dan isteri keluar mencari kedai mamak.
pusing punya pusing Kota Bharu.
sehingga sampai di satu jalan bertulis "ke Kota Terengganu"
rupanya hampir separuh Kota Bahru telah kami redahi
namun tidak berjumpa bau-bauan macha.
"depa kat Kota Bharu ni tak makan roti mamak kot" kataku
"depa makan nasi dagang je agaknye" kata isteriku
kami pasrah dan mahu pulang ke GuestHouse.

rupanya sesat, mencari jalan pulang.
dalam kepala, "jom cari KB Mall"..entah aku tak tahu.
redah saja..akhirnya KB Mall berada di depan mata.
jalan sesak bagai di Federal Highway.
kereta tersengguk-sengguk.
kami sama tersengguk-sengguk.
perut pula makin berkokok-kokok.
dalam kereta berhenti, aku cuba menghayati suasana pagi Kota Bharu.
bangunannya sungguh sederhana.
ku lihat depan..KB Mall
ku lihat belakang..kereta bersemut beratur
ku lihat kanan..wisma nama-melayu-yang-aku-tak-ingat & sons
ku lihat kiri..Mamak Spicy Special
ku lihat lagi kiri..Mamak Spicy Special
"ek? Mamak?"
"oh Macha..akhirnya ketemu jua"
kami parkir dan "Roti Telur wonne!"
fuh lega..cicah kari..

lepas siksa perut, berhajat pula berjalan-jalan lagi
mak mertua ku kata Pasar Besar Siti Khadijah tempat famous kat sini
aku dan isteri mencari..
pusing lagi..pusing lagi..pusing lagi..
seperti biasa, kami sesat..
lalu telefon bertanya dimana.
akhir berjumpa tapi jalan penuh sesak.
bagai di Pasar Chowkit pun ada.
mood hilang untuk meronda di Pasar Siti Khadijah.
tidak mengapa..janji tahu dimana..
kami lalu didepan pasar.ambil gambar sign Pasar.
tanda kami tahu ia dimana.

terus pulang dengan agak hampa.
jalan pulang sudah terbiasa.
terima kasih kepada 'sesat'.
sesampai di GuestHouse kami merehatkan perut.
tunggu jam 12 untuk pergi kenduri..motif utama

setelah siap, pergi kenduri.
istiadat melayu kelantan yang sungguh bersederhana.
aku suka..itu kelebihan
sempoi sepoi-sepoi
namun bahang mentari mengamuk
mencalar muka..berpeluh.

selesai kenduri ingin beredar pulang..
rupanya tempat ku parkir kereta ada
sign yang hebat lagaknya..tiada terdengar sebelumnya..
"KICAP CAP GAJAH" itu nama bangunanya.."dasyat gile, bro!"
bapa pengantin lelaki menerang,
Kicap itu kicap temurun di Kota Bharu..famous sebelum datang Tamin dan Kipas Udang..
aku ambil gambarnya buatnya kenangan.

ok, jom ke Kota Terengganu..
jalan sebelum Terengganu, jalan di Kelantan seperti biasa.
sempit tidak selesa. sesak, panas dan pening kepala..
sehinggalah tiba di "Selamat Datang ke Sempadan Terengganu"
jalan-jalannya besar selesa dan panas itu masih macam tadi.
dalam kepala "rasa macam kejam gile..apsal kerajaan pusat bikin cun je jalan kat Terengganu tapi tak di Kelantan? JKR sama. dibawah Kerajaan Pusat??"
"ah!! lantaklah.." itu kelebihan..

di Terengganu, tidak sama Kelantan.
mereka punya dialek yang agak sama tapi ada lainnya.
'MAKAN' KL,
'MAKANG' Terengganu,
'MAKE' Kelantan..

'JAMES BOND' KL,
'JEBONG' Terengganu dan Kelantan..
mereka sepakat..hebat!!

papan tanda di Terengganu berlainan di Kelantan.
Kelantan ada tulisan Jawi dan Rumi,
Terengganu kebanyakkan tiada Jawi.
itu kekurangan..

di Kelantan ada papan "SUBHANALLAH" dengan banyaknya
di Terengganu ada papan "SUBHANALLAH" dengan kurangnya
Alhamdulillah Kelantan Menang!

sesampai di Kota Terengganu, kepanasan mentari berkurangan.
walau masih berpeluh tapi berkurangan liter telah di'produce'.

menginap di Kuala Ibai.
tuan rumah dipanggil 'JEBONG'
"ha? JEBONG??".. kerana akhir no telefonya ada 007.."
"HEBAK!!HEBAK!!(Hebat!Hebat!)"

berehat untuk hari ini,
kerna mahu meratah tempat-tempat best Terengganu esoknya
"Pasar Payang!!!"