JUNE 05, 2011: KL-KELANTAN-TERENGGANU-KL membawa berita (day 3: the final blast)

0 comments
hari ketiga.
bingkas bangun persiapkan badan.
rasa segar pagi Terengganu tidak bahang.
ayah mertua, mak mertua serta maklong isteriku sudah berangkat,
ke kedai untuk bersarapan. seperti biasa aku, isteriku dan adik beradik iparku
terlambat dari waktu terjaga mereka.
mereka pulang kembali membelikan roti canai made in Terengganu.
tidak seperti di Kelantan, sukar mencanai..
tapi di Terengganu, mudah sekali mencanai..
setelah habis bersarapan, kami berkemas meninggalkan rumah Encik JEBONG..
memandu terus..terus..terus ke Pasar Payang..
yeah! kali terakhir aku ke Pasar Payang ialah sewaktu aku bersekolah, tingkatan lima.
Rombongan sekolah..Rombongan sambil belajar..tapi aku masih tidak tahu apa yang telah aku belajar..haha
itu kisah dulu..

setiba di Pasar Payang, Pasar itu masih seperti dulu..
sesak dengan orang
sesak dengan batik
sesak dengan keris
sesak dengan parang
sesak dengan keropok lekor
sesak dengan barangan berpatutan

bangunan Pasar Payang juga sama..
putih seakan kelabu
kelabu dipenuhi lumut
lumut bersahabat sawang
sawang menutupi putih bangunan

sama seperti 10 tahun dulunya..
masih dalam inbox ingatan kepalaku..

namun masih ada berbeza..
dihadapannya tersengam indah
sebuah bangunan yang agak high
dalam semua aspeknya
high struktur
high seni
high price
dan kepala high
kerana mentari sudah high

itu dia PLAZA WARISAN..
mungkin pengganti PASAR PAYANG
yang penuh nilai sentimental
sekian lama..

setiba di Pasar Payang, kami mencari ATM..
memang sah tiada..
jika ada agak jauh..
tidak mengapa berjalan untuk bersenam..

aku berseorangan waktu itu..
kerna semua telah berjalan laju..
menukar gear tahap maksima
dijana terik mentari
dijana alunan kain-kain yang menari..
panas
teruja
gelap mata..
aku jua sama..
cuma berpura macho dan cool

sewaktu berjalan
kedengaran nyalakkan anjing
aku mencari
dan terus mencari..
rupanya ada anak anjing yang tersangkut badannya di tengah-tengah jalan
sungguh kasihan..oh. Kasihan.
suara anak anjing itu sayup-sayup kedengaran
ramai mata memandangnya di tengah jalan
meminta tolong dilepaskan dari tersepit didalam longkang.
namun mata mereka saja yang berdaya
tubuh mereka hanya terpaku tanpa daya
"woof..wooff..woooff.wuuuu"
maksudnya
"tolong..tolong..tolonglah.hina sangatkah aku?wuuu"

aku sebak, dan teringat salah satu hadith Nabi Muhammad SAW
Abu Hurairah radhiallahu'anhu meriwayatkan sabda Nabi Muhammad SAW:
"Tatkala ada seekor anjing yang hampir mati kerana kehausan berputar-putar
mengelilingi sebuah sumur yang berisi air, tiba-tiba anjing tersebut dilihat oleh seorang wanita penzina
dari kaum Bani Israil, maka wanita itu melepaskan khufnya lalu memberi minum
kepada si anjing. Maka Allah mengampuni wanita itu"
Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

aku mencari jika ada alas tangan, pastik atau pun surat khabar untuk dibuat alas.
untuk aku angkat anak anjing tu..tanpa perlu sama'..
sedang aku jalan mencari, aku ternampak isteriku..sedang menunggu
"abang pegi mane?"
"ade anak anjing tersekat"
"mane?"
"kat sane"

aku terlihat ada seorang lelaki sudah cuba mengangkat anak anjing tu.
Alhamdulillah..ada juga yang prihatin di Terengganu.
relief! Happy Ending!!

"ok.jom masuk Pasar Payang"
di Pasar Payang banyak yang mahu dicerita.
motif utama ku ke Pasar Payang, cari keris sebilah dua.
tapi budget tidak seberapa..
maybe RM50 sahaja..
"mane nak dapek dengan budget RM50 je, bai"
bile diteliti RM50 = keris panjang sejengkal saja.
tak best..lain kalilah.
maybe bukan di Pasar Payang.

aku teringin pada baju batik yang sempoi
tengok harga RM18 saja..
size XL..
diatas susunan baju itu
size XXL..
tiada S, M mahupun L.
aku bertanya kepada pekedai.
"bang, saiz kecik skit ade tak?"
pekedai menjawab
"hok atah ni, saih JUMBO..
hok bawah ni, kecek sikek..ni ja"

dalam kepalaku
"saiz JUMBO? wow..hebat ayat brader ni..hahaha"
tergelak sampai ke KL..
"saiz JUMBO!! saiz JUMBO!!"

"saye beli hok kecek ni lah,
hok jumbo ni tak muat la bang"
kami berjabat..terus redahi arus Pasar Payang.

tanpa sedar tangan sudah penuh dengan barang.
hadiah untuk keluarga ku, adik beradikku di KL.
tidak dilupa, paling istimewa..
BUDU buat ayahku..

setelah penat, jam 2 mahu berangkat ke KL.
inilah final blast!!

sepanjang perjalanan ke KL.
penat, panas..
lalu jalan tepi pantai..
lawa memang lawa..
sungguh lawa..
begitu indah ciptaan tuhan.

sampai di satu kawasan,
perut lapar tidak kepalang.
berhenti seketika untuk makan
aduh! time release, cari tandas
"Maaf Tiada Air"
aku redah juga..untuk kepastian
rupanya tertipu..
ada Air..selamat..hehe

jalan menuju ke KL dari Terengganu sungguh selesa
tidak seperti di Kelantan.

Alhamdulillah sampai juga ke Highway.
masuk Highway hati gembira.
tak sabar nak balik berehat
lebih 6 jam memandu..memang letih gila.

tetiba JAM!!
disangkakan JAM seketika..
rupanya 3 jam JAM..
adus..kaki berdenyut..
kepale pening
badan cramp
kaku bagai statue
posisi duduk memandu

sabar..sabar..
akhirnya keluar Highway,
wow..dikira hampir 12 jam memandu..
lapar..tersangat lapar..
sampai di Puncak Alam jam satu

singgah sebentar di McDonalds..
bawa tapau ke rumah..
Alhamdulillah sampai akhirnya.
sampai di rumah keluarga mertuaku
pekena bubur ayam McD and Big Mac..
pergh..lapar sungguh..
berehat sebentar merehatkan perut sebelum tidur..

esok aku kerja..damn..
tidak apa..selambe!!
usah difikir lagi..itu hal esok..
tidur..tidur..tersenyum..

itu kisah dari KL membawa khabar ke Kelantan menuju Terengganu.
dari Terengganu membawa letih lesu ke KL. END