JUNE 03, 2011: KL-KELANTAN-TERENGGANU-KL membawa berita (day 1)

0 comments
memandu dalam perjalanan melalui liku-liku jalan ke Kota Bahru, Kelantan; amat jauh.
terasa sengal-sengat di badan..
apa kan tidak, lebih lapan 8 jam memandu..ditemani isteri dan keluarga mertua.
duduk saja, memegang steering dan kaki kanan menekan pedal.kaki kiri bersiul rilek ketawa.

Pabila masuk ke Kelantan, suasana lain terasa..panas bahang itu yang pasti..
di dalam kepala "apsal dorang tak buat highway terus ke Kelantan? padahal ke Terengganu boleh je buat Highway
mungkin itu hal politik"..biarkan saja..buat bodoh lebih baik..

Panas bahang memang teramat sangat..2 kali tukar baju sepanjang perjalanan kerana bau badan mengamuk dek peluh.
terasa kalori perut sudah banyak terbakar..
itu kelebihan..
RM 8 tol memang murah untuk membakar lemak dari pergi ke Sauna yang berpuluh RM..
itu kelebihan..

di Kelantan, semua bangunan rendah-rendah belaka. Kecek molek semuanya
tiada bangunan pencakar langit tetapi yang mencakar langit adalah... menara pemancar TM.
Kelantan penuh bersederhana.
itu kelebihan...

Antara Istimewa di dalam Kelantan
papan namanya ada kelainan
iklan Maxis,
nama jalan,
Show Room Toyota,
nama kedai milik cina..
ada tulisan Jawi
dibalik tulisan Rumi
itu kelebihan..

Kami ke Kelantan kerana kenduri adik iparku. Mengerat silaturrahim.
itu kelebihan..

Tiba di GuestHouse yang disediakan, pergh sungguh besar dan selesa untuk kami merebahkan badan..
banglo jingga berada dibelakang Masjid, hampir Wakaf Che Yeh dan Kota Bharu Mall.
itu kelebihan..

Tiba di GuestHouse dalam petang waktu. Mak mertua sudah siap membuat air Teh untuk diperhidangkan
namun..ada yang tidak lengkap..goreng pisang atau keropok lekor untuk disantap.

lalu Mak meminta aku dan adik ipar mencari pelengkap minum petang..namun hampir serata Kota Bahru tidak dijumpa.
Rupanya, waktu sudah 6 petang. Semua kedai sudah menutup pintunya..Balik hampa.Tangan hanya ada peluh.
lalu hanya minum Teh saja..

kemudian terjojol pengantin lelaki di depan pintu bawa berbondong-bondong bekal.
rupanya Nasi Ayam yang teramat banyak..dan super sedap. Terima Kasih bro..
Penyelamat perut ku. haha.

Malam waktu mahu menemani adik ipar ku pergi membeli kemeja.
dalam kepala muncul perkataan "Kota Bahru Mall aka KB Mall"..tapi terhapus dengan suara pengantin lelaki
"Wakaf Che Yeh tu macam uptown.boleh usha baju kat situ"..apa lagi jom!!

di Wakaf Che Yeh..memang persis uptown atau downtown di KL and Selangor..
ada jersey, baju-bajuan, seluar-seluaran, kain-kainan dan ubat gegat. Murah gile beb..Macam2 ada cuma disini ada lebihnya.
mereka jual makhluk hijau yang bernama sayur-sayuran dengan borong..
sangat banyak..berdozen-dozen.

sempat membeli untuk adik-adikku.
banyak benda yang berkenan.
banyak gelagat yang tidak berkenan.
yang memburukkan suasana ke-berkenan-an..

yang kecil ada yang sudah sexual harassment.
si sepupu watak kejadian.
"kuang hajaq!!"
jika Nik Aziz turun ke Wakaf Che Yeh,
semestinya dia menggeleng kepala.
semestinya tangannya menghinggap muka mereka.
semestinya aku flying kick budak kecil itu.
nasib baik tiada ditempat kejadian.
kalau tidak, melompat ku baran.
"kuang hajaq!! kuang hajaq!!"

Syukur amarah ku selamat..

yang tua ada yang hilang tata susila
mokcik, pokcik, abe, kakok..
jika dia terlanggar, terpijak kaki tiada maaf
pinta dipinta..semborono buat bodoh..
atau sudah azalinya bodoh..
atau itukah cara mereka berinteraksi dengan kami,
makhluk asing bersinggah di bumi mereka ini?
adakah itu kelebihan?

Syukur amarah ku masih bertahan. kerana..
biarkan mereka dengan tuhan..

kami pulang dengan bengang..
namun tangan penuh barang..
letih balik tidur lintang pukang..

hari kedua bersambung nanti, habaq hang!!

pengalaman..pengalaman