May 05, 2010 : Silat Lagenda, Kehidupan dan Mother's Day

0 comments
Hari ini hari khamis. Khamis pula hari cuti umum buat isteriku. menggantikan cuti hari buruh sabtu haritu. Pergila aku seorg ke office. orang panggil kantor..semacam, kantoi..

terlihat seorg uncle cina tua sedang menyapu sampah di tepi jalan di Bukit Jalil. aku terfikir..terbayang kekasihanan ke arah uncle tu..pagi2 terpaksa bangun untuk membersihkan bukit jalil..sangat tua..dengan tangan dia mengutip sampah dedaun gugur yang disapu ke dalam plastik sampah..macam manalah agaknya dia melalui hidup sepanjang hayat?kemanakah dia pergi selepas itu? aku tak tahu..cuma terfikir, bersyukur kerana Dia masih sygkan ku, kerja teruk bagai nak rak namun ada orang lagi rak dari aku..

hari ini mcm biasa..bosan tunggu compilation yang berjam.. ku redah ruangan internet mencari-cari mentari..ya! aku terfikir..Silat Lagenda..
cerita animasi permainan jiwa kanak-kanak ku..
rindu ingin melihat animasi itu..walaupun upin-ipin boleh mengalahkan wira berlima hanya dengan kata-kata bukannya dengan senjata..sekali sebut "betul..betul..betul", tertiarap wira berlima dalm silat lagenda..yang bermain dibenak, kenapa tidak di movie kan cerita? bukan di animasikan cerita seperti dahulu...semestinya, hebat!! adaptasi dari animasi yang hmmm mungkin buleh dikatakan basi..biarkan saja..bisa aura membelah lelangit minda remaja dengan aksi..

ooo..kepada ibu, bonda dan emak..
selamat hari ibu..memikirkan pahit getir..susah dan payah..kasih dan sayang..suara dan suria..
mereka lah ibu..apa yg perlu diberi semasa hari ibu yang bisa membalas jiwa pergorbanan mereka?wang? handphone? sebuah Mercedes berwarna merah? Hatta bergunung emas di alam semesta pun belum pasti mencapai tahap infiniti kasih, sayang dan pergorbanan..
Selamat Hari Ibu..die sungguh bermakna..

Zel | office Bukit Jalil | 5:34pm