DEC 21, 2010 : ‘NO TURNING BACK’ notes!

0 comments
Wah..akhirnya..ade masa juga untuk aku menulis kembali blog ini..dari Mei hingga Disember, begitu banyak perkara telah berlaku..berhempas, berpulas, terjatuh dan terliur.
Semua tidak dapat diukir dalam catatan hidup yang terus berputar. Ingin juga aku abadikan alam ku dalam senaskah komik namun terlalu banyak..terseliuh jari jika ingin dilukis semuanya..
Bercerita dalam sepanjang beberapa bulan (malas aku hendak kira), begitu banyak lirik yang telah ditulis, cuma menanti raungan diruangan speaker radio. Antara lirik yang telah ditulis dan terpampar di Media, adalah KONTA ANALISA yang dinyanyikan oleh artis dari Sarawak bernama EIR. Bak kata Pak Google, lagu ni telah dimainkan di radio Sarawak. Audi Mok merupakan komposer lagu ini. Inilah pertama kali aku menulis lirik untuk lagu Audi. Audi terlalu hebat dalam mewarnakan lagu yang diciptanya. Rasa diri terlalu jauh hendak mencapai tahap Audi. Dia genius. Aku berhingus..



Lirik kedua adalah lagu tema untuk Awan Dania di ASTRO, bertajuk ILUSI dinyanyikan oleh artis AF, ADIRA. Lagu ini pun hasil ciptaan Audi.sememangnya berpeluh aku tika menulis lirik ILUSI. Baru ku tahu tahap penulisan ku hanya lah sejengkal kuman, jika dijentik terkontang kanting melayang terbang hinggap di lubang hidungku.Wah..terlalu banyak yang perlu aku pelajari dari pengalaman. Pengalamanlah guru terbaik kehidupan. Audi Mok, Omar K, Shazee Ishak dan Pam di Fuse Petaling Jaya banyak mengajar aku. Membetulkan hala tuju ‘SYOK SENDIRI’. Isteri tercinta juga terlalu banyak membantu. Tidak kira masa, di dalam kereta tika tersangkut dalam jam? Di rumah, di tempat kerja..banyak membuat kepala ku terkopek terkeluar idea tika dia memberi kunci idea kepala otakku. Hanya dengan kata-katanya..
Dalam bulan-bulan yang entah aku masih malas kira yang lepas, dua lirik ku tercalon dalam Separuh Akhir Muzik Muzik 25, NADIKU nyanyian SABHI SADDI dan REALITI DEWI nyanyian ALYAH. Namun tidak kesampaian ke akhirnya. Tapi ..”ALHAMDULILLAH”. Bagiku tiada apa yang perlu dikesali kerana aku menulis bukan untuk berhempas pulas, berhempuk pikuk dengan yang lain. Aku menulis untuk manusia dan diriku..mengenal erti kehidupan. Tapi tahniah dan terima kasih buat Alyah dan Sabhi Saddi(boy), kalian terlalu istimewa dalam industri muzik…
Hingga kini aku masih mencari cari teknik, taktik agar tak panik dalam menulis lirik melankolik dan robotik buat tatapan pendengar dan pengkaji lirik Malaysia. Aku nak lahirkan Neo dan bukannya Paleo.
Lirik-lirik yang aku tulis, adalah naskah pengalaman, diari dan ensiklopedia dalam hidupku.
Moga semua lirik yang telah dan bakal tiba punya nilai sentimental tersendiri bagi seseorang biar tersembul rasa gembira atau nostalgia dari mereka. Salah seorang member baik ku Omar K, pernah meminta autograph dari Ramli Sarip untuk ku, di atas sehelai A4, dia menulis “NO TURNING BACK”. Sejak itu aku tidak akan ke belakang sebab aku dah lama di belakang.
Aku cabar seorang lelaki berpena Zel
“Bro, Gua cabar lu bikin lirik dalam 15 minit, amacam?”
Dia jawab,
“takdehal,beb.. Selambe gua try sampai boleh..HOI! JANGAN KOREK HIDUNG..”