• Lyricist

    Lyricist

    Lyric is a lyric. It isn't a poem but it can reach the level of poem. Ayat mesti powerf!

  • Poet

    Poet

    Writing a poem is like a reflexology of life, when I can't sleep at night.

  • Music Producer

    Music Producer

    hm.. nothing special. Was a producer with Omar K back in 2009

  • Design Engineer

    Design Engineer

    A Digital Design Engineer who eat Binary and Hexadecimal number during breakfast!

  • Musician

    Musician

    Percussionist and guitarist

  • Geek

    Geek

    Keluang-Man and overclocking PC isn't sound geek!.

Gembira-Gembira Itu

0 comments
GEMBIRA-GEMBIRA ITU

Wahai gembira!
Temu kita ini bagaimana ya?
Mungkin disaksi pesta
Ataukah disaksi Selat Melaka?
Atau juga dengan muzik?
Buru tenang untuk diculik
Kau tetap payah nak milik


Wahai gembira!
Kau bagai dikelilingi
Tembok kubu amat tinggi
Hampir mustahil nak tembusi
Selain dari atas terjun ke darat
Tak kuat aku nak buat
Habis rembes peluh gayat


Wahai gembira!
Pernah aku putus asa
Tak tahu jikalau kau juga
Kalau ada jodoh kita jumpa
Banyak jalan nak aku congak
Duga hidup super bagak
Tak nak jadi penyangak


Wahai gembira!
Kadang-kadang terkenang
Nyata kau cukup tenang
Realiti aku bukan senang
Semakin kuat aku damba
Semakin banyak aku doa
Masih kau aku tak punya


Alamak! Aku terlupa.
Rupa-rupanya
Gembira-gembira itu

Senantiasa di sisi aku.



Zel Hadauan;
Alam Budiman 2016


Read more

Lirik: Bob - Jangan Jangan

0 comments


JANGAN JANGAN

Ketika menunggu bas ke tempat kerja
Aku berjumpa seorang juwita

Dia pakai kebaya
Warna terang merah menyala
Sekali pandang bagai pernah berjumpa

Siapa itu?
Ingin tahu
Baru ingat nak tanya namanya
Oh! Tetapi malu-malu

Jangan jangan
Dia masih tidak berpunya
Tengok dia ketawa
Alahai, manisnya
Lawanya

Jangan jangan
Bila sampai di tempat kerja
Kepala mereng saja
Jadi sasau
Jiwa kacau
Aku angau

Esoknya dia berada depan mata
Bagai puteri tiada tandingan

Aku lihat dirinya
Sekali lagi tak percaya
Lenggoknya ini penuh dengan pekerti

Kekasih
Tiada dicinta kerna rupa
Isinya
Yang dikata
Yang dilihat
Yang didengar
Siapa yang tahu?

Mengapa amat susah untuk berjumpa
Orang yang kaya berbahasa dan 'lawa'?

Artis: Bob Yusof
Lagu: Audi Mok dan Omar K (OP: Replay Music/ SP: Warner Chappell Malaysia)
Lirik: Zel Hadauan (OP: Replay Music/ SP: Warner Chappell Malaysia)



Read more

Panik

0 comments
PANIK

Kecoh sarwa bicara
Sehingga segenap indah citra mu
Hantui aku

Apa benar kau bidadari loka?
Atau mitos mainan raga?

Aku semacam panik
Dihempap emosi
Setelah aku sering melirik

Wahai sinar murni Langkasuka
Purnama siddi pun ingin tahu
Inikan pula kelip Sang Kejora

Apa benar dicemburu buta?
Atau dek pendengki jadi raja?

Sumpah Mahsuri..
Panik.. Amat Panik

Sumpahan mangsa suci
Undang petaka ngeri
Ranap tujuh generasi

Mungkin ini satu lagenda
Mungkin juga cuma cerita
Insan mencari makna

Al-Fatihah...





Zel Hadauan
16 Jun 2015, Bukit Jalil



Read more

Sajak Jamban

0 comments
Sajak Jamban


Kau mahu bicara
Luah segala rasa
Ops! Kau lupa
Pada tangan-tangan
Keras membangkang
Walau isi amat terang

Mereka label kau anarki
Habis! Celah mana lagi
Nak luah bengang hati
Hal tahi itu dan ini?

Ah!
Ayuh kita berdebat
Akal dan dakwat
Tiada siapa boleh sekat
Situ suara kita ligat

Buruknya...
Kita patuh aturan hutan
Luahan makian
Luahan buah fikiran
Tak ada sempadan
Di dinding dinding jamban


foto dari xpressminda



Zel Hadauan
Puncak Alam, 29 Mei 2015


Read more

Laman Firdausi

0 comments
Laman Firdausi


Tiada madah dan kata
Tiada jiwa-jiwa meraih cahaya
Tiada kalimah kasih syurga
Yang maha bahagia

Kemana hidup nan seri?
Kemana harus ku pergi?
Kemana hilang afeksi?
Yang maha menerangi

Dalam getir saat kecewa
Dalam getir saat terluka
Mohon ku tuhan
Jangan pisahkan dia
dari kasih yang Kau kurnia

Dalam detik jauh terpisah
Dalam detik hati terbelah
Ampun ku tuhan
Tunjukkan aku sinar nurani
Ke laman Firdausi





Zel Hadauan
Desa Petaling, 1 Jun 2011


Read more

Revolusioner Pipit

0 comments
REVOLUSIONER PIPIT

Logik akal
Zahir api membakar
Dengan izin tuhan
Ia sejahtera

Apakah lu lupa
Kisah yang diceritakan?
Apakah lu lupa
Angkuhnya Si Namrud pada kebenaran?

Begitu juga kita
Ada yang prasangka
Pada kalimah benar
Dengan ejekan tawa

Mereka belum puas
Ada di dunia
Mereka belum sedar
Sana ada loka

Logik akal
Zahir api membakar
Dengan izin tuhan
Ia sejahtera

Mana satu nak lu berdiri?
Zulumat atau nurani?

Baik jadi Pipit
Bawa air di paruh
Bantu padam api mega
Nak nyala nur sejahtera
Tampak sikit
Walau sikit
Hanya sikit

Dengan izin tuhan
Kita sejahtera

Logik akal
Zahir api membakar
Dengan izin tuhan
Ia sejahtera





Zel Hadauan
19 Disember 2014
TPM, Bukit Jalil KL.


Read more

Lirik: Daiyan Trisha ft Faizul Sany - Cinta Suka Sayang

0 comments
CINTA, SUKA, SAYANG

Pakai baju Polo
Kaca mata hitam macam macho
Rambut stylo mylo
Tapi sebenarnya poyo

Kaulah temanku
Kaulah lawanku
Atau engkau lebih dari itu

Ku bingung dengan diri ku
Mahu tak mahu
Perlu tak perlu

Ku bingung dengan diri ku
Masih tak tahu
Tapi mungkin juga aku
Cinta, Suka, Sayang kamu

Nampak dari jauh
Gadis manis berbaju Indigo
Tak pernah pun hodoh
Tapi nak 'control' bila berfoto

Walaupun kamu
Kerap mengganggu
Kau juga buat aku merindu

Hati tertanya (mengapa?)
Sampai bila agaknya
Kita hanyut dalam dilema

Kau dan aku solo
Tapi kita kongsi makan Nachos
Come on, baby! Let's go!
Bual dari Paris ke Monaco

Ku bingung dengan diriku
Masih tak tahu
Tapi mungkin juga aku
Keliru tak tentu

Ku harapkan juga kamu
Cinta, Suka Sayang aku



Artis: Daiyan Trisha ft Faizul Sany
Lagu: Omar K
Lirik: Zel Hadauan


Read more

Fly My Name to Mars.

0 comments




Read more

Lirik: Faizul Sany - Stylo Mylo

0 comments
STYLO MYLO

Benar kau aku suka
Semacam Lady Gaga
Nak gaya tak nak kalah
Nak cakap belit lidah

Harap-harap kau pandang
Gajet keliling pinggang
Nak kasi kau perhati
Nak guna tak ku reti

Bikin kepala penat
Apa boleh buat

Stylo Mylo!
Kau cuma mahukan yang Stylo Mylo
Yang lain kau tak layan
Sampai kecoh
Satu dunia tahu
Apa yang kau impi tak padan hati

Stylo Mylo!
Yang zahir, kau idamkan Stylo Mylo
Yang batin kau pinggirkan
Cari hero?
Selam dalam hati ku
Baru kau tahu aku
Stylo Mylo!

Plastik atau pun kaca
Engkau pilih permata
Nak turut nafas mengah
Nak lain tak ku kesah

Habis modal ku goncang
Sampai kocek berlubang
Tapi tak serik-serik
Tetap aku tertarik

Ramai dah tahu
Kau serupa itu
Orang kata superfisial
Tapi bagi ku skeptikal

Sebab ku tahu
Suara hati mu
Ada secebis indah
Yang tulusnya takkan berubah


Artis: Faizul Sany (AF 2013)
Lagu: Omar K
Lirik: Zel Hadauan




Read more

Lirik: Alif Satar feat PU Yeop - Senyum (OST Ya Ustaz)

0 comments
SENYUM

Jom! Jom!
Senyum bersama
Soleh dan Solehah
Taqwa kepada Yang Esa

Jom! Jom!
Senyum ceria
Kepada semua
Pastinya kita bahagia

(nyerongin nyerongin juga)
(nyerongin juga)

Jika berkata
kata semolek-moleknya
Ucapkan salam
Dan berjabat tangan
Beri senyuman
Itu sabda kasih tuhan
Pasti hidup diberkati
Dilimpahi nur Ilahi

Jika berjumpa
Satu juta kepayahan
Cari sempadan
Tenangkan fikiran
Beri senyuman
Berdoa kepada tuhan
Pasti hidup diberkati
Dilimpahi nur Ilahi

Senyuman itu
Suatu yang indah
Sedekah yang mudah

Senyuman itu
Membelai hasanah
Membawa ke syurga

(Moh kita beramal)

Artis: Alif Satar & PU Yeop
Lagu: Omar K
Lirik: Zel Hadauan





Read more

Sekeping Foto

0 comments
Memori,
Waktu kecil kita riang berkejar-kejaran
Bersulam tawa dan tangisan
Tidak ada kejanggalan

Memori,
Aku kendong di belakang sambil berjalan
Jadi katalis pada kerinduan

Kini kita dewasa paras rupa
Dari foto yang lama
Kini kita dewasa aras minda
Dari foto yang sama

Memori,
Biar ku rakus menjamah persona bekalan
Merobek sealam kenangan
Merempuh kehidupan

Memori,
Meski penuh tapak tangan usang
Manisnya abadi dan meredupkan

Jumpa..
Pergi..
Dan jumpa..
Dan pergi kembali..

Kira sempurnalah
Naskah hayat ini
Hingga ujung usia


Zel Hadauan
Alam Budiman, Shah Alam
2 Sept 2014, 11:45pm



Foto: famili foto bersama sepupu, adik beradik, umi & atuk.. Rasanya di tahun 2001 atau lagi lama..


Read more

Technical: How To Add Register Key In Window Registry?

0 comments
TECHNICAL: HOW TO ADD REGISTER KEY IN WINDOW REGISTRY?

I was having a problem in installing Perforce in my window system. It say

There is a problem with this Windows Installer package. A program run
as part of the setup did not finish as expected. Contact your support
personnel or package vendor. Action RegisterP4EXPx64,
location: C:\WINDOWS\system32\, command: regsvr32.exe /s
"C:\Program Files\Perforce\p4exp64.dll"


So I search for the solution in Google and this link shows up.
Aha! It means some registers key is missing & I need to add those registers in my Window register. It painful to add it manually by clicking and right click and typing. Handling with Window register, you really need to be extra careful. Otherwise your whole system will be not work as you expected or dead. Haha.

So what I did is, I wrote a some script that look like this as my system is 64-bits OS.


The script was save as '*.reg'. For example 'ayam.reg'. I closed the text editor and double click the file.
Look like nothing happened but to make sure the registers key were created, I opened the regedit (See How to Open Regedit).

Tada! All the registers key were there. Then I continue my Perforce Installation and it was success.

End of story!




Read more

Lirik: Stacy - Paranormal

0 comments

PARANORMAL

Permata bersinar
Direnda mutiara
Satu-satu ku idamkan

Lantas ku terpana
Fenomena paranormal
Satu-satu kau berikan

Tersergam Cinta indah
Nun hujung sana
Menunggu aku datang
Kepadanya

Lihatlah,
Lihatlah nama mu di relung jantung ku
Sambutlah,
Sambutlah sayang ku hingga akhir waktu

Jika tak bersua
Semua sistem hidup ku
Satu-satu tak menentu

Jikalau bersua
Takut-takut madah laku
Satu-satu jadi kelu

Tersergam Cinta indah
Nun hujung sana
Menunggu aku datang
Kepadanya

Lihatlah,
Lihatlah nama mu di relung jantung ku
Sambutlah,
Sambutlah sayang ku hingga akhir waktu



Artis: Stacy
Lagu: Omar K & Mike Chan
Lirik: Zel Hadauan

Sumber Foto: rotikaya


Read more

Lirik: Maya Karin - Tersenyum

0 comments
TERSENYUM

Bila langit mendung
Hujan pasti turun
Bila hujan turun
Aku turut pilu

Bila aku pilu
Ku hanya sebut nama Mu
Tiap kali itu ku tersenyum

Lihat burung-burung menyanyi tiada henti
Seiring rasa perindu ini dalam mencari erti

Bila aku pilu
Ku hanya sebut nama Mu
Tiap kali itu ku tersenyum

Di waktu gembira
Ku tersenyum
Di waktu ku sedih
Ku tersenyum
Di waktu apa pun
Ku tersenyum seperti selalu

Bila aku pilu
Ku hanya sebut nama Mu
Tiap kali itu ku tersenyum



Artis: Maya Karin
Lagu: Mike Chan & Omar K (OP: Replay Music/ SP: Warner Chappell Malaysia)
Lirik: Zel Hadauan  (OP: Replay Music/ SP: Warner Chappell Malaysia)


Read more

Lirik: Maya Karin - Teka Teki

1 comments
TEKA TEKI

Apakah yang terangi Sang Matahari?
Apakah yang terkandung di hujung pelangi?
Apakah yang menghembuskan dingin angin?
Selalu ku termenung dan tertanya-tanya

Begitu dengan kita
Tanpa ada bicara
Semua yang tinggal hanya tanda tanya

Cinta ku bukan kosong
Cinta ku bukan 'tuk lambung-lambung
Sehingga ku terpaksa berteka-teki

Cinta ku bukan kosong
Cinta ku bukan'tuk lambung-lambung

Hidup ku
Hidup mu
Seperti teka-teki

Apakah ku penuhi isi hati?
Apakah ku jelma di tiap mimpi mu?
Apakah yang sebenarnya kita ini?
Selalu ku termenung tertanya-tanya

Tafsirkanlah padaku
Apa yang kau temu
Adakah indahnya seperti yang ku lalu?

Hidup ku
Hidup mu
Inikah yang kau mahu?




Artis: Maya Karin
Lagu: Omar K & Mike Chan
Lirik: Zel Hadauan





Read more

Lirik: Hazama - Akhir Ceritera

0 comments
AKHIR CERITERA
OST Ady Valentino

Ingatkah
Waktu senyuman mu yang beradu
Ku hadir menggalas pilu

Ingatkah
Waktu dirimu diundang resah
Akulah bawa indah

Yang pergi takkan senang
Yang tinggal takkan tenang
Luluh jiwa hati merayu

Kerana 'Cinta' pergilah padanya
Kasih kita hanyalah untuk sementara
Kerana 'Cinta' ku relakannya
Kerana 'Cinta' ada bersama

Ingatlah
Kasih tak harus kita bersama
Janji kau terus bercahaya

Ingatlah
Kasih ku ini seagung maya
Janjilah kau akan mencarinya

Selamanya ke akhir ceritera


Artis: Hazama
Lagu: Omar K
Lirik: Zel Hadauan





Read more

Terimalah Kasih

1 comments
Terimalah Kasih

Assalamualaikum, brader.

Al-kisah..

Gua seperti di setiap hari berbaju Kemeja-T hitam, berseluar Jeans lusuh dan berkasut Converse ke pejabat. Memang begitu. Pekerjaan gua sebagai Digital Design Engineer bukan kemestian berpakaian kemas seperti kemas mereka di bidang lain. Cukup sekadar molek. Sekitar pejabat gua di Technology Park Malaysia, Bukit Jalil ini ada begitu ramai pelajar luar negara dan begitu ramai mereka yang bekerja di pejabat. Rata-rata berpakaian kemas, seluar slack dan berkemeja tuck-in. Sewaktu gua di kafe mahu santap tengahari, sambil gua bawa makanan ke meja yang masih ada sisa makanan untuk duduk dan makan, gua ditegur oleh seorang gadis Melayu bertudung. Mahukan pertolongan. Dia panggil gua ke mejanya. Rupanya dia mahu gua angkatkan bekas air basuh tangan cafe yang penuh dan membersihkan mejanya.. Gua senyum. Lalu diangkat bekas basuh tangan itu dan gadis itu terus duduk dan layan phone. Buat bodoh. Waktu itu gua masih lagi di tepi meja sambil memegang bekas basuh tangan tadi. Gua terfikir, "Apa Melayu sudah hilang kalimah Terima Kasih?" Tak mengapa. Gua letakkan bekas basuh tangan di meja yang gua nak duduk dan pergi ke gadis itu kembali. "Maaf, dik. Terima kasih kerana tak berterima kasih dan saya bukan pekerja kafe ini".. Gua senyum dan terus blah. Gua dah lapar nak makan. 

Perkara yang sama terjadi lagi beberapa minggu selepas itu. Kali ini seorang pelajar luar negara, mungkin dari Uzbekistan. Sebelum gua katakan yang gua bukan pekerja kafe, gua angkat cawan dan sempat dia mengatakan "Thank you very much". Sambil senyum. Selepas gua katakan yang gua bukan pekerja kafe, dia katakan "Sorry, sir. I'm really sorry". Nampak tak apa bezanya? Orang luar lebih-lebih lagi berbudi bicara dari orang kita.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa gua tak beri tahu pada awalnya pada mereka yang gua bukan pekerja kafe. Gua nak cuba rasa jika di tempat seorang pekerja kafe. Lagi pun tak salah jika tolong angkatkan cuma satu cawan dan satu bekas air basuh tangan untuk keselesaan orang lain. Pasti ada ganjarannya nanti. Persoalannya, bukan tersalah adil watak dan imej luaran tapi mana pergi santun bicara kita?

Kita orang timur. Kita bangga kita orang timur. Bangga kerana kita kaya. Bukan kaya dengan harta berjuta-juta tapi kaya budi bahasa dan adab nan ayu. Orang kita, dalam kurang ajar pun masih bersopan. Dalam teguran dan makian pedas masih berkiasan. Itu yang kita bangga. Tetapi mustika itu yang makin malap. Hilang di tengah-tengah padang pasir teknologi yang gah tapi isinya zero. Mana salahnya? Salah siapa? Lu? Gua? atau mereka? Atau leluhur nenek moyang kita yang tak reti mengajar? Gua rasa bukan salah mereka itu. Salah kita.



Read more

Tali Titian Rahim

0 comments




Kembara Umar begitu lama. Nak cari siapa yang selalu disebut-sebut. Dia bukan sahabat. Dia bukan kenalan. Doanya mustajab punya bersebab. Kerana doa Umar menunggu dan cari. Tak pernah mata dia tatap matanya rasul. Tak pernah juga jasad dia berdepan jasadnya rasul. Tapi dia kekasih. Dia mungkin ada di setiap kabilah tiba, Umar bertanya. Apa ada dia. Setelah pergi baginda dan As-Sidiq, akhirnya bersua. Apa Umar nak? Begitu jauh dan lama mencari dia. Ruapanya hanya secebis doa sakti. Bukan nak panjang usia. Bukan juga nak kaya. Lebih lagi bukan nak lama bernama khalifah. Tetapi doa moga dosanya diampun Pencipta... Tangan Owais Qarni menadah dan berdoa. Owais sayangkan orang tua lebih dari segala kerana itu kelebihan diberi-Nya.. 

Tergantung soalan. Apa ada kini pemimpin persis Umar? Yang dahagakan ampun. Atau mereka Si Lapar nama dan Sang Dahaga harta yang tinggal? Kalau mahu hapus biar hapuskan yang palsu. Berdiri di bumi dek semangat Fairuz Dailami. Selongkar pesuruh yang plastik. Yang berkat akan melimpah. Apa masih ingat kisah Halimatus Sa'diah? Yang baik sekeliling mulia. Aku berpesan diri juga mereka. Mungkin tak nampak atau nyanyuk. Mungkin pekak atau bengong. Sesungguhnya kita watak jegela di persinggahan lebuhraya. Di hujung sana ada Firdausi direnda Aina Mardhiah. 

Untuk mereka yang tahu..





Adik - adik gua --
Halimatus Sa'diah Hadauan
Aina Mardhiah Hadauan
Fairuz Dailami Hadauan
Umar Al-Farouq Hadauan
Owais Qarni Hadauan


Read more

Lawak Wak Google

0 comments


Google memang terkenal dengan servis-servisnya yang user-friendly. Seperti Gmail, Google Map, Google Drive dan banyak lagi. Tapi Google juga terkenal dengan Google Search-nya yang pelik. Cadangan search yang Google cadangkan adalah dari apa yang user pernah masukkan. Ada ramai orang jumpa kepelikan ini. Gua cuba sendiri dari apa yang ramai pernah buat. Ini hasilnya. Have fun!


WHAT??!!

Ini gila! Siapa yang nak IQ tinggi dengan makan budak?!

Tahniah Yahoo kerana link itu. Haha


cats like hitler?!


Ini yang paling pelik. Orang yang macam mane search soalan ni pada Google. Girls don't fart? Seriously?!!

Poop floats?!




Read more

Kasih Kalimah

0 comments
Dulu lupa.
Berkawan nafsu.
Jadilah hati.
Hitam pekat.
Sekeras konkrit.

Dalam gelap.
Payah tangis.
Dia yang satu.
Selalu ada.
Nak ku adu.
Sesal dan sedar.

Dalam rebah ada pinta.
Dalam pinta ada kasih.
Dalam kasih ada khalimah.
Dalam khalimah ada cahaya.
Dalam cahaya ada syurga.
Semoga tetap dalam syurga.


Zel Firdhaus
Desa Petaling
29 Julai 2013, 12:19am






Read more