Tali Titian Rahim

0 comments




Kembara Umar begitu lama. Nak cari siapa yang selalu disebut-sebut. Dia bukan sahabat. Dia bukan kenalan. Doanya mustajab punya bersebab. Kerana doa Umar menunggu dan cari. Tak pernah mata dia tatap matanya rasul. Tak pernah juga jasad dia berdepan jasadnya rasul. Tapi dia kekasih. Dia mungkin ada di setiap kabilah tiba, Umar bertanya. Apa ada dia. Setelah pergi baginda dan As-Sidiq, akhirnya bersua. Apa Umar nak? Begitu jauh dan lama mencari dia. Ruapanya hanya secebis doa sakti. Bukan nak panjang usia. Bukan juga nak kaya. Lebih lagi bukan nak lama bernama khalifah. Tetapi doa moga dosanya diampun Pencipta... Tangan Owais Qarni menadah dan berdoa. Owais sayangkan orang tua lebih dari segala kerana itu kelebihan diberi-Nya.. 

Tergantung soalan. Apa ada kini pemimpin persis Umar? Yang dahagakan ampun. Atau mereka Si Lapar nama dan Sang Dahaga harta yang tinggal? Kalau mahu hapus biar hapuskan yang palsu. Berdiri di bumi dek semangat Fairuz Dailami. Selongkar pesuruh yang plastik. Yang berkat akan melimpah. Apa masih ingat kisah Halimatus Sa'diah? Yang baik sekeliling mulia. Aku berpesan diri juga mereka. Mungkin tak nampak atau nyanyuk. Mungkin pekak atau bengong. Sesungguhnya kita watak jegela di persinggahan lebuhraya. Di hujung sana ada Firdausi direnda Aina Mardhiah. 

Untuk mereka yang tahu..





Adik - adik gua --
Halimatus Sa'diah Hadauan
Aina Mardhiah Hadauan
Fairuz Dailami Hadauan
Umar Al-Farouq Hadauan
Owais Qarni Hadauan