JULY 13, 2011: FALASI PANAS ENJIN KERETA

0 comments
FALASI PANAS ENJIN KERETA

lu salahkan kereta rosak sebab lu tak panaskan kereta pagi-pagi?
bagi gua itu FALASI..
lu wajib panaskan enjin kereta pagi-pagi sebab elok untuk enjin lu?
bagi gua itu MITOS..

ini gua mau kongsi..
supaya gua tak langsi..

sebelum pergi kerja,
ramai rakyat Malaysia yang start kereta dan biarkan untuk beberapa minit sebelum memandu ke tempat kerja.
sambil2 enjin dibiarkan berjalan, sambil2 korek hidung selama 5minit, kemudian baru start memandu..
atau kata mudahnya, bagi enjin kereta warm-up.
atau kata teknikalnya, bagi enjin kereta dalam keadaan IDLE.
atau dalam bahasa teknikal lebih tepat, IDLING ENGINE.

persoalan:
adakah IDLING itu wajib dibuat tiap pagi?
ape terjadi jika enjin dalam IDLE?
ape terjadi jika enjin tak dalam IDLE?

ade orang kate "panaskan enjin kereta pagi2 tu bagus entuk jaga enjin"
ade orang kate "kite mesti warm-up enjin sebelum start memandu"

sebelum 1980an sampai sekarang ramai yang berpendapat enjin perlu dipanaskan sebelum start memandu.
tapi selepas injection engine diperkenalkan pertengahan 1980an, enjin tidak perlu dipanaskan lama sebelum memandu.
di Canada, UK, US dan Japan SEKARANG mereka menyarankan bahawa enjin perlu dalam IDLE tidak lebih dari 30 second dalam WINTER.
Winter di Canada boleh mencecah sehingga -20 celsius dan suhu ini akan memendapbekukan minyak dan komponen enjin.
so memang perlu memanaskan enjin JIKA suhu persekitaran adalah negatif celsius!!
untuk circulate minyak ke semua bahagian enjin.

tapi di Malaysia, berapakah suhu persekitaran kita?
kompem tak sampai negatif! so buat ape nak bagi enjin dalam IDLE?
sepatutnye, masuk kereta, masuk kunci, start kereta dan..blah ke tempat kerja..
ops! jgn lupe tutup pintu.

di dalam setiap enjin yang menggunakan Petrol, Diesel atau NGV, ade satu ruang yang dipanggil ruang pembakaran
atau Combustion Chamber. tempat inilah punca kuasa bagi enjin.
dalam Combustion Chamber, ade valves(injap), spark plug(palam pencucuh) dan piston(omboh).
pembakaran udara dan Petrol/Diesel/NGV (ikut nisbah yang telah direka oleh engineer enjin) akan berlaku dalam ruang ini.

pembakaran bahanapi memang susah nak dapat in 100% perfect combust.
bila enjin dibiarkan IDLE, pembakaran bahanapi akan lebih tidak sempurna.
dan sisa bahanapi yang 'cacat' itu akan melekat di dinding Cylinder (tempat dimana piston duduk) dan
membersihkan minyak pelincir yang sepatutnye berada di dinding Cylinder..
so dinding Cylinder akan kehausan/kekeringan/kemarau sebab tiada elemen pelincir kat situ.

Bahanapi yang tidak terbakar ni juga akan turun ke dasar takungan minyak pelincir.
dan ia akan menukar sifat minyak pelincir dan hasilnya minyak pelincir akan tidak efisyen.
dan enjin akan cepat rosak

hasil dari IDLE juga akan mengakibat terlalu banyak Karbon melekat di Pencucuh kerana
Pencucuh tidak beroperasi pada suhu yang sepatutnya. apabila pencucuh beroperasi bukan dalam suhu sepatutnya kereta akan makan minyak sebanyak 5% peningkatan.
semua ni berlaku sebab enjin tidak beroperasi pada suhu yang sepatutnya..
apa itu suhu yang sepatutnya bagi enjin?
salah seorang engineer penghantaran kuasa FORD, Les Ryder pernah berkata
"Engine run best at their design temperature" dan menurutnya suhu efisien bagi satu enjin ialah 85-90 darjah celsius.
oleh itu terbaik dan tercepat untuk memanaskan enjin adalah semasa kereta dipandu.

IDLE juga akan merosakkan sistem Ekzos..
kalau kite pagi2 start enjin dan tengok asap berkepul-kepul keluar dari Ekzos,
itu bukan asap dari pembakaran bahanapi tapi wap normal air dari enjin yang sejuk..
so, bile enjin dibiarkan IDLE, enjin akan mengambil masa yang agak lama untuk panas.
dan wap air akan sentiase ada dalam sistem Ekzos dan mengakibat Ekzos senang berkarat.

so jika dibiarkan kereta dalam IDLE di Malaysia,
1. Enjin cepat rosak.
2. kereta makin makan minyak.
3. Sistem Ekzos akan Rosak.
4. Masa terbuang sebab kene warm-up kereta pagi2.
5. Makan Duit nak bayar minyak lebih and baiki yang rosak.

oh ya..ade satu lagi..
dalam sistem Ekzos kereta sekarang ni, tak terkecuali Proton, Produa ataupun Naza(brand lain tak payah cerite, kompem ade)
ade satu komponen bernama Catalytic Converter.

apa itu Catalytic Converter?
ini gua nak cerite. Cataytic Converter ni ade 2 jenis.
jenis two-way and jenis three-way.

jenis two-way banyak digunakan untuk kenderaan Diesel.
1. ia menukarkan Karbon Monoksida kepada Karbon Dioksida. 2CO + O2 -> 2CO2
2. mengoksidakan Hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon Dioksida dan Air. CxH2x+2 + [(3x+1)/2]O2 -> xCO2 + (x+1)H2O

three-way plak banyak digunakan oleh petrol/gasoline base vehicle.
three-way ni start dibangunkan di America dan Canada seawal tahun 1981.
dan menular keseantero dunia dengan semborononya..
three-way Catalytic Converter ade 3 fungsi..
1. mengurangkan Nitrogen Oksida kepada gas Nitorgen dan gas Oksigen. 2NOx -> xO2 + N2
2. mengurangkan Karbon Monoksida kepada Karbon Dioksida. 2CO + O2 -> 2CO2
3. mengoksidakan Hidrokarbon yang tidak terbakar kepada Karbon Dioksida dan Air. CxH2x+2 + [(3x+1)/2]O2 -> xCO2 + (x+1)H2O

dari mane datangnye gas2 yang bermacam2 ni? jawapannya dari Enjin.
so fungsi utama Catalytic Converter ialah meminimakan bilangan Karbon Monoksida yang membahayakan dunia dan mengurangkan ke-toksik-kan Hidrokarbon dan Nitrogen Oksida.
hebatnye kemajuan dalam automotif. thanks to Automotif engineer!!

berbalik kepada topik asal.
"MEMBIARKAN KERETA DALAM IDLE AKAN MENCEMARKAN UDARA!"..yup. its true..sebabnya..
Catalytic Converter perlu beroperasi pada suhu 400-800 darjah Celsius..
400 darjah Celsius? biar betul!!
dan untuk mencapai darjah ke-Celsius-an yang tahap gaban ni dengan cepat, kereta perlulah bergerak..
barulah Catalytic Converter boleh ON.
kalau dibiarkan kereta dalam keadaan IDLE, gas/bahan yang dilepaskan akan mencemarkan udara sebab Catalyric Converter tak ON lagi.
sayangi bumi kita..

SELAMAT MENILAI!!


gua pernah tanye teamates gua yang sama engineer. die dari INDIA. (gua jati Malaysian)

ZEL :bro what do you know about IDLE?
FRIEND :u mean in DDR perspective? (sebab kami tgh design analyzer untuk DDR3/DDR4)
ZEL :in life
FRIEND :hahaha
ZEL :hahaha
FRIEND :wat ever we are doing now :) (sebab kitorg tgh bosan, keje dah siap, takde keje)
ZEL :sit and do nothing, right? hahaha
FRIEND :a bank which is precharged and all the timings satisfied is said to be idle (from DDR3 spec)
ZEL :ok.. In simple word, the system is doing nothing after all required process is satisfied, is it?
FRIEND :yes
ZEL :so im in IDLE..
FRIEND :ok.no commands are in pipe to issue to you better go to self refresh state
ZEL :hahaha..or maybe power down (sleep)
FRIEND :power down is invalid in company. only self refresh allowed
ZEL :if going to power down then it will be protocol violation
FRIEND :yes
ZEL :haha
FRIEND :haha

Happy Ending!