JAN 17, 2011: AJL 25 Di Mataku

0 comments

Ini merupakan pertama kali aku menulis blog ni dalam tahun 2011. Anugerah Juara Lagu masih terasa kehangatan pungkoq nya yang melabuh di TV3 dan terlalu ramai yang terkejut dengan keputusan Juri Anugerah Juara Lagu 25 yang memutuskan Ana Rafali sebagai juara dengan lagu Tolong Ingatkan Aku. Dari pandangan aku, Lagu ini memang layak menjadi juara. Dari segi minat, aku lebih suka lagu A.P.I tetapi hakikatnya lagu Ana Rafali memang layak menjadi juara.

Jika dilihat dari cara penyampaian lagu Ana Rafali, ape yang boleh aku katakan ialah ‘BERSELAMBA’. Tetapi lirik Tolong Ingatkan Aku, cukup kuat. Aku pun tak terfikir nak menulis lirik seperti itu. Part chorus pun kuat. Kuat maksud aku ialah, senang dijadikan siulan dalam percakapan harian. Tolong Ingatkan Aku…

Mengenai persembahan terbaik, aku memang kagum dengan Faizal Tahir. Penuh gimmick. Terbeliak mata…”dasat gile bro!! gua nak tengok lu hilang secara tiba-tiba masa tengah perform pastu keluar kat tengah-tengah juri..ammcm?boleh tak? Hm…boleh boleh..hehehe”

Sebagai rumusan apa yang aku boleh katakan adalah “Tak kira di mana atau siapa pun jua. Lain warisan budaya. Jadikan serumpum bangsa. Kecik besar tua muda. Sama merasa bagaimana kami berjuang…apa guna sengketa, seni adalah hiburan..” lirik dari salah satu lagu Isma Halil Hamzah.

Aku mahu menulis. Dan terus menulis lirik yang tidak boleh dilihat tetapi boleh didekat.hahhaa.. aku gila dalam dunia tulisan lirik ku..hahaha