Ada Cakapnya

0 comments
Swasraya di tengah panas terik di atas jalan bernama Chow Kit. Ramai, amat ramai manusia. Masing-masing ada tujuan masing-masing. Memang tak dapat nak gua sangkal. Ramai Pria dan Cewek Indonesia di sini. Ada yang bekerja. Ada yang membeli belah. Ada yang mencuci mata. Ada yang jalan-jalan. Jangan dihina mereka. Mereka juga manusia. Mereka kemari kerana nasi. Mereka kemari kerana famili dan diri sendiri. Mereka kemari untuk isi kekosongan. Ya! Walau terkadang ada nawaitu yang terbabas. Itu resam dunia, apa nak kata.

foto sekadar hiasan

Di kaki lima, ada juga insan yang berhujan dan berterik mencari rezeki dengan membaiki kasut. Gua dekati brader ini. Ingin tahu. Lalu sembang. Dia tak punya kerja lain, Tinggal di belakang Chow Kit Road. 'Kedai'nya mula dibuka seawal jam 8 pagi dan habis selewat 7 malam. Gua tanya "kalau hujan macam mana, bang? Tutup kedai?" Dia jawab "Alih sikit naik atas, kena tempias hujan sikit tak apa. Dah biasa".. Aduh. Kami sambung lagi sembang  kali ini hal-hal semasa. Ramai yang tak ingin tahu kerana ramai yang tahu. Hal-hal pasal pilihanraya, Pergolakan Syria, Palestin dan berbagai. Sungguh 'educated' brader ini. Okay-lah gua blah dari situ.

Gua sampai di satu kedai makan. Mungkin mahu pekena Kopi atau Teh Tarik. Sedang gua menikmati suasana Chow Kit, datang seorang buta ingin meminta sedikit belas ihsan bertemankan seorang yang celik. Selang beberapa minit, datang lain pula. Kali ini seorang wanita dengan mendukung bayi kecil. Mereka berdua kelihatan lesu dan comot. Hm.. Gua teringat 'statement' dari seorang kenalan gua. Jika peminta sedekah begini jangan kita derma. Mungkin mereka dari sindiket peminta sedekah. Kalau diberi, maka sindiket makin kaya. Bagi gua itu tak berapa benar.

foto sekadar hiasan

Ini pendapat gua. Bila kita menderma, kita sudah laksanakan tanggungjawab kita sebagai insan. Jika orang itu tipu, itu dia kena jawab dengan Ilahi. Lagi satu, apa salah kita bersangka baik. Mungkin Si Buta benar-benar susah, dan Si Celik adalah orang lalu lalang yang ingin membantu. Mungkin wanita yang mendukung anak itu benar-benar susah, lari dari rumah kerana didera suami ganas atau dibuang keluarga. Kita tak tahu. Sekali lagi, Allah tahu apa yang hamba-Nya tak tahu. Oleh itu kita dermalah mana yang mampu tanpa ragu. Itu saham akhirat yang tak akan jatuh-jatuh. Moga ada sakinah dan berkat dalam hidup ini, Amin.

Imam Bukhari telah meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Seorang lelaki telah berkata bahawa aku akan bersedekah dengan suatu sedekah maka dia telah keluar bersama apa yang (mahu) disedekahkan. Maka dia telah memberi apa yang disedekahkan itu kepada tangan pencuri. Maka keesokan harinya mereka ( penduduk) telah bercakap-cakap bahawa dia telah memberi sedekah kepada pencuri.
Dia telah berkata : Wahai Tuhanku! Bagi Engkaulah segala pujian itu maka aku akan bersedekah dengan suatu sedekah. Maka dia keluar bersama apa yang (mahu) disedekahkan. Dia telah memberi sedekahnya kepada tangan pelacur. Keesokan pagi mereka(penduduk) bercakap-cakap bahawa dia telah memberi sedekah pada malam tadi kepada pelacur. 
Maka dia mengucapkan : Wahai Tuhanku! bagi Engkau segala pujian..(aku telah terbahagi sedekah)ke atas pelacur! Maka aku akan bersedekah dengan suatu sedekah. Dia telah keluar bersama apa (yang mahu) disedekahnya maka dia telah memberi kepada tangan Si Kaya. Keesokan pagi mereka(penduduk) bercakap-cakap tentang dia telah memberi sedekah kepada si kaya.
Lalu dia mengucap : Wahai Tuhanku! bagi Engkau segala pujian itu.(aku telah terbahagi sedekah) kepada pencuri, pelacur dan juga Si Kaya. Dia telah didatangkan (pemberituan dalam mimpi) maka diberitahu kepadanya : Ada pun sedekah engkau kepada pencuri semoga dia akan berhenti(insaf) daripada mencuri, ada pun pelacur semoga dia akan berhenti daripada berzina dan ada pun si kaya semoga dia akan mengambil pengajaran maka dia akan memberi nafkah daripada apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepadanya.

Zel Firdhaus Hadauan
Bukit Jalil, 18 Jun 2013


hadith dari: Tersilap Sedekah
foto dari: Malang & Banding